Monday 17 March 2014

Bab: Majlis Zikir Dibanggakan di Hadapan Malaikat

( 1889 ) Diriwayatkan dari Abu Sa'id Al-Khudri r.a.: Mu'awiyah pernah mendapatkan suatu majlis di masjid,  lalu dia bertanya, "Majlis apa ini?" Kata mereka, "Kami berkumpul dalam rangka berzikir kepada Allah 'Azza wa Jalla." Kata Muawiyah, "Demi Allah, apakah kalian benar-benar berkumpul hanya untuk maksud itu (berzikir)?" Jawab mereka, "Demi Allah, kami berkumpul hanya untuk maksud itu." Kata Mu'awiyah, "Sesungguhnya, aku tidak meminta kalian bersumpah untuk menuduh yang bukan-bukan, dan tak seorang pun yang paling sedikit mendapatkan hadis Rasulullah SAW. daripada aku. Rasulullah SAW. pernah melihat suatu majlis sahabat, lalu  beliau bertanya, 'Majlis apakah ini?' Mereka menjawab, 'Kami berkumpul untuk berzikir kepada Allah dan memuji-Nya kerana telah menunjukkan kami kepada Islam serta melimpahkan anugerah-Nya kepada kami.' Beliau bersabda, 'Demi Allah, apakah kalian berkumpul hanya untuk maksud itu?' Jawab mereka, 'Demi Allah, kami berkumpul hanya untuk maksud itu.' Sabda beliau, 'Sesungguhnya, aku tidak akan meminta mu bersumpah dengan tuduhan yang bukan-bukan, hanya saja, Jibril a.s. datang kepadaku memberitahukan bahawa Allah 'Azza wa Jalla  membanggakan kalian di hadapan malaikat."' (8: 72 - S.M.)