Friday 7 March 2014

Bab: 1 - Wasiat Tidak Boleh Melebihi Sepertiga

( 982 ) Diriwayatkan dari Sa'd bin Abi Waqqash r.a.: Rasulullah SAW. pernah menjenguk saya waktu Haji Wada' kerana sakit keras yang saya alami sampai hampir saja saya meninggal. Lalu saya berkata kepada beliau, "Wahai Rasulullah, saya sedang sakit keras sebagaimana engkau sendiri melihatnya, sedangkan saya mempunyai banyak harta dan tidak ada yang mewarisi saya, kecuali anak perempuan saya satu-satunya. Bolehkah saya menyedekahkan sebanyak dua pertiga harta saya?" Beliau menjawab, "Tidak." Saya mengatakan lagi, "Bolehkan saya menyedekahkan sebanyak separuh dari harta kekayaan saya?" Beliau menjawab, "Tidak, sepertiganya saja (yang boleh kamu sedekahkan), sedangkan sepertiga itu sudah banyak. Sesungguhnya, kamu meninggalkan ahli warismu dalam keadaan kaya adalah lebih baik daripada kamu meninggalkan mereka dalam keadaan miskin, menengadahkan tangan meminta-minta kepada orang banyak. Apa pun yang kamu nafkahkan kerana mencari ridha Allah, kamu mendapatkan pahala kerananya, bahkan (termasuk juga) satu suap makanan yang kamu suapkan ke mulut isterimu." Saya berkata, "Wahai Rasulullah, saya tertinggal oleh sahabat-sahabat saya (yang telah mati syahid)." Beliau bersabda, "Sungguh, kamu tidak akan tertinggal kerana berbuat kebaikan semata-mata mengharapkan ridha Allah, bahkan akan menambah derajatmu dan menaikkan pangkatmu. Mudah-mudahan kamu tetap tinggal di sini dan panajang umur sehingga dapat berguna bagi suatu kaum (orang-orang Islam) dan membahayakan bagi kaum lain (orang-orang kafir). Wahai Allah, lanjutkanlah sahabat-sahabatku berhijrah, dan janganlah Engkau biarkan mereka mundur." Akan tetapi, sayang, Sa'd bin Khaulah (wafat sehingga tak dapat kembali ke Madinah). Rasulullah SAW. menangisinya kerana dia wafat di Makkah. (5: 71 - S.M.)