Sunday 11 May 2014

Bab: Pengakuan Berzina Sampai Empat Kali, Rajam Dilakukan di Dalam Lubang, Menunda Pelaksanaan Rajam bagi yang Hamil Sampai Dia Melahirkan, dan Menshalatkan Jenazah Pezina yang Dirajam

( 1039 ) Diriwayatkan dari Buraidah r.a.: Maiz bin Malik Al-Aslami pernah menghadap Rasulullah SAW. seraya berkata, "Wahai Rasulullah, Sesungguhnya, saya telah berbuat aniaya terhadap diri saya sendiri, saya telah melakukan zina. Saya benar-benar ingin agar engkau membersihkan saya." Kemudian beliau menyuruhnya pergi. Pada keesokan harinya dia datang lagi menghadap Rasulullah SAW. seraya berkata, "Wahai Rasulullah, sungguh, saya telah melakukan zina." Kemudian untuk yang kedua kalinya, beliau menyuruhnya pergi. Setelah itu, Rasulullah SAW. mengutus seseorang untuk menemui kaumnya, beliau bertanya tentang orang tersebut, "Tahukah kalian tentang kondisi akal orang ini, pernah tidak waraskah dia?" Mereka menjawab, "Sepanjang pengetahuan kami, dia adalah seorang yang sehat akalnya dan termasuk orang yang baik di antara kami." Kemudian Maiz datang menghadap beliau untuk yang ketiga kalinya. Lalu beliau mengutus lagi kepada kaumnya, menanyakan tentang keadaan Maiz. Mereka memberitahukan bahawa dia adalah orang yang sehat, akalnya pun sehat. Setelah Maiz menghadap beliau untuk yang keempat kalinya, digalilah lubang untuknya, kemudian diperintahkannya untuk dirajam, maka dirajamlah dia. Kemudian datang pula seorang perempuan dari Ghamid seraya berkata, "Wahai Rasulullah, sesungguhnya, saya telah berbuat zina, maka bersihkanlah saya!" Kemudian beliau menyuruh perempuan itu pergi. Pada keesokan harinya, dia datang lagi seraya berkata, "Wahai Rasulullah, mengapa engkau menyuruh saya pergi? Barangkali engkau mau menyuruh saya pergi, sebagaimana yang telah engkau lakukan kepada Maiz? Demi Allah, saya benar-benar sedang hamil (kerana berzina)." Beliau bersabda, "Kalau begitu, pergilah sampai kamu melahirkan!" Setelah perempuan itu melahirkan, datanglah dia sampai perempuan itu melahirkan, datanglah dia sambil membawa bayinya di dalam sehelai kain seraya berkata, "Ini (anak saya), saya telah melahirkannya." Beliau bersabda, "pergilah, susuilah dia sampai kamu menyapihnya." Setelah menyapihnya, dia datang kembali menghadap beliau dengan membawa anaknya yang sedang memegang sepotong roti di tangannya. Kemudian perempuan itu berkata, "Wahai Rasulullah, inilah anak saya, dia telah saya sapih dan telah bisa makan!" Maka, beliau menyerahkan anak itu kepada salah seorang laki-laki Muslim, kemudian beliau memerintahkan agar dia dibuatkan lubang sedalam dadanya. Setelah itu, beliau memerintahkan agar dia dirajam, maka dirajamlah dia. Kemudian datanglah Khalid bin Al-Walid dengan membawa batu, lalu dia melemparkan batu itu ke arah kepala perempuan itu sampai darahnya memercit ke wajah Khalid, maka Khalid memakinya. Kemudian terdengarlah oleh Nabi SAW. makian Khalid kepada perempuan itu. Lalu beliau bersabda, "Sabarlah wahai Khalid! Demi Zat yang jiwa-ku berada di tangan (kekuasaan)-Nya, dia sudah benar-benar bertaubat dengan suatu taubat yang jika seorang yang zalim bertaubat dengannya, dia pasti akan diampuni." Kemudian beliau memerintahkan agar jenazahnya diurus (baik-baik), lalu dishalatkan oleh beliau, dan dikuburlah dia. (5: 120 - S.M.)