Sunday 29 June 2014

Bab: 1 - Berpuasa dan Berbuka dalam Perjalanan

( 596 ) Diriwayatkan dari Ibn Abbas r.a.: Rasulullah SAW. pernah bepergian pada bulan Ramadhan dan berpuasa. Setelah sampai di Usfan, beliau meminta wadah air minum, lalu beliau minum di sana, sedangkan waktu itu masih siang hari. Rupanya, beliau sengaja memperlihatkan kepada orang banyak. Beliau tidak berpuasa sampai memasuki Kota Makkah. Rasulullah SAW. sewaktu-waktu berpuasa dan sewaktu-waktu berbuka. Oleh kerana itu, barang siapa hendak tetap berpuasa, silakan berpuasa, dan barang siapa hendak berbuka, silakan berbuka. (3: 141 - S.M.)