Wednesday 11 June 2014

Bab: Memanggil Orang Lain dengan Kata "Nak!"

( 1415 ) Diriwayatkan dari Mughirah bin Syubah r.a.: Tak seorang pun yang lebih sering bertanya tentang dajjal kepada Rasulullah SAW. daripada aku. Lalu beliau memanggilku, "Hai anakku, mengapa engkau gusar tentang itu, padahal dia tidak akan membahayakanmu?" Aku berkata, "Sesungguhnya, banyak orang yang mengatakan bahawa dajjal itu membawa beberapa sungai air dan beberapa gunung roti." Sabda beliau, "Hal itu sangatlah enteng bagi Allah." (6: 177 - S.M.)