Thursday 12 June 2014

Bab: Memberi Minum Binatang

( 1505 ) Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.: Rasulullah SAW. bersabda, "Ketika seorang laki-laki berjalan di suatu jalan, dia merasa sangat haus. Kemudian dia mendapatkan sebuah sumur, lalu turunlah dia kedalamnya untuk minum. Setelah keluar, terlihat olehnya seekor anjing yang menjilat-jilati tanah kerana kehausan. Orang itu lalu berkata, 'Anjing ini sangat haus sekali seperti yang telah aku rasakan.'  Kemudian turunlah orang itu ke dalam sumur mengambil air sepenuh sepatunya; sambil menggigit pinggir sepatunya, dia naik, lalu anjing itu diberinya minum. Maka, Allah bersyukur kepadanya, lalu diampunilah dia." Sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, apakah kami mendapatkan pahala kerana kami menyayangi binatang-binatang ini?" Jawab beliau, "Kamu menyayangi semua makhluk hidup akan berpahala kerananya!" (7: 44- S.M.) []