Sunday 20 July 2014

Bab: 1 - Keutamaan Puasa Asyura

( 613 ) Diriwayatkan dari Ibn Abbas r.a.: Sewaktu baru datang ke Madinah, Rasulullah SAW. mendapatkan orang-orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura. Lalu Rasulullah SAW. bersabda, "Mengapa kalian berpuasa pada hari ini (Asyura)?" Mereka menjawab, "Ini hari besar, yang pada hari itu Allah telah menyelamatkan Musa bersama kaumnya dan menggelamkan Firaun bersama kaumnya (pengikutnya). Oleh kerana itu, Musa berpuasa sebagai tanda syukur, lalu kami pun berpuasa." Kemudian Rasulullah SAW. bersabda, "Kami lebih berhak dan lebih utama kepada Musa daripada kalian." Lalu Rasulullah SAW. berpuasa pada hari Asyura, dan beliau pun memerintahkan umatnya untuk berpuasa pada hari itu. (3: 150 - S.M.)