Sunday 20 July 2014

Bab: Beriktikaf pada Sepuluh Malam Pertama dan Sepuluh Malam Pertengahan

( 632 ) Diriwayatkan dari Abu Said Al-Khudri r.a.: Rasulullah SAW. beriktikaf pada sepuluh malam yang pertama pada bulan Ramadhan, kemudian beliau beriktikaf pada sepuluh malam yang kedua dalam sebuah tenda yang di pintunya terdapat tikar. Beliau mengambil tikar itu, lalu ditaruhnya di sudut tenda. Setelah itu, beliau memandang ke muka dan memanggil orang-orang, lalu mereka datang mendekat. Beliau bersabda, "Sesungguhnya, aku beriktikaf pada sepuluh malam yang pertama mencari malam ini (malam Lailatul Qadar), kemudian aku beriktikaf pada sepuluh malam yang kedua, lalu aku diberitahu bahawa Lailatul Qadar itu pada sepuluh malam yang terakhir. Oleh kerana itu, barang siapa di antara kalian suka beriktikaf, beriktikaflah." Lalu orang-orang beriktikaf bersama beliau. Beliau bersabda, "Aku diberitahu bahawa Lailatul Qadar itu pada malam hitungan ganjil, dan pada pagi harinya aku bersujud di lumpur berair (tanah becek)." Kemudian pada pagi hari tanggal dua puluh satu, sewaktu tengah mengerjakan shalat subuh, turunlah hujan sehingga masjid kebocoran dan becek. Setelah selesai mengerjakan shalat subuh, beliau keluar, sedangkan kening dan ujung hidung beliau dilekati lumpur dan air. Begitulah, ternyata malam itu adalah malam tanggal dua puluh satu. (3: 171 - 172 - S.M.)