Wednesday 20 August 2014

Bab: 1 - Barang Siapa Mengucapkan Sumpah, lalu Melihat Ada yang Lebih Baik daripadanya, Hendaklah Membayar Kafarat Sumpahnya dan Mengerjakan yang Lebih Baik Itu

( 1018 ) Diriwayatkan dari Abu Musa Al-Asyari r.a.: Saya bersama segolongan suku Asyari 1 pergi menghadap Nabi SAW. untuk memohon unta kendaraan, lalu beliau bersabda, "Demi Allah, aku tidak akan memberikan kendaraan kepada mu kerana aku memang tidak mempunyai apa yang kamu minta." Lalu kami tinggal selama beberapa waktu menurut kehendak Allah. Setelah itu, beliau mendapatkan unta, lalu tiga ekor unta yang berpunuk putih diperintahkan untuk diberikan kepada kami. Setelah kami pergi, di antara kami saling berkata, "Allah tidak akan memberikan kita berkah kerana kita telah menghadap Rasulullah SAW. untuk memohon unta kendaraan, lalu beliau bersumpah tidak akan memberikannya kepada kita, tetapi kemudian beliau memberi." Kemudian kami kembali menghadap beliau memberitahukan hal itu. Beliau bersabda, "Bukan aku yang memberikan kendaraan itu kepada kalian, tetapi Allahlah yang telah memberikannya kepada kalian. Sesungguhnya, demi Allah, insyaAllah,  apabila ku mengucapkan suatu sumpah, lalu aku melihat ada yang lebih baik daripadanya, niscaya aku akan membayar kafarat atas sumpah ku, kemudian aku akan mengerjakan yang lebih baik itu." (5: 82 - S.M.)


___________
1 Peristiwa ini terjadi ketika hendak berangkat ke Perang Tabuk (Perang Usrah). Mereka orang-orang tidak mampu, hanya saja, mereka tidak mua ketinggalan untuk berperang bersama Nabi SAW. Oleh kerana itu, mereka memohon untuk diberi unta kendaraan yang dapat membawa mereka dan bekal-bekalnya.