Monday 17 November 2014

Bab: 2 - Orang-Orang yang Saling Mencintai kerana Allah Azza wa Jalla

( 1769 ) Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi SAW.: Beliau bersabda, "Ada seorang laki-laki berkunjung kepada saudaranya di desa lain. Lalu Allah menyuruh malaikat untuk mengawasi perjalanannya. Setelah malaikat bertemu dengan dia, malaikat itu bertanya, 'Hendak ke mana kamu?' Jawabnya, 'Aku hendak mengunjungi saudaraku di desa ini.' Tanya malaikat, 'Apakah kamu berkunjung kepadanya kerana kamu berutang budi kepadanya?' Jawabnya, 'Tidak, tetapi aku mencintainya kerana Allah Azza wa Jalla.' Kata malaikat, 'Sesungguhnya, aku diutus oleh Allah untuk menyampaikan kepadamu bahawa Allah telah mencintaimu, sebagaimana kamu mencintainya kerana Allah.'" (8: 12 - S.M.)