Thursday 9 April 2015

Bab: Doa Ketika Ayam Berkokok

( 1881 ) Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.: Nabi SAW. bersabda, "Apabila kamu mendengar ayam berkokok, mohonlah anugerah kepada Allah kerana ayam itu melihat malaikat. Dan apabila kamu mendengar keledai berteriak (melengking), berlindunglah kepada Allah dari kejahatan setan kerana keledai itu melihat setan." (8:85 - S.M.)