Wednesday 3 October 2012

Bab: Firman Allah, Mereka Bertanya kepadamu tentang Haid

( 171 ) Diriwayatkan dari Anas r.a. bahwasanya kebiasaaan orang-orang Yahudi, apabila isteri mereka sedang haid, mereka tidak makan bersamanya dan tidak menempatkan isteri mereka di rumah. Lalu sahabat bertanya kepada Nabi SAW. tentang itu. Kemudian Allah 'Azza wa Jalla  menurunkan ayat, Dan mereka bertanya kepadamu tentang haid. Katakanlah, "Haid itu adalah kotoran." Oleh karana itu, hendaklah kamu menjauhkan diri dari wanita pada waktu haid....1 Lalu Rasulullah SAW. bersabda, "Lakukanlah segala sesuatu dengan isterimu pada waktu haid, kecuali bersetubuh." Hal ini sampai kepada orang-orang Yahudi, lalu mereka berkata, "Orang ini (Muhammad) tidak suka meninggalkan perbuatan yang biasa kita kerjakan, kecuali hendak menyalahi kita." Kemudian Usaid bin Hudhair dan 'Abad bin Bisyr menemui Rasulullah SAW. dan berkata, "Wahai Rasulullah, sesungguhnya, orang-orang Yahudi berkata begini dan begini, tidakkah kita menyetubuhi saja isteri-isteri kita?" Mendengar itu, wajah Rasulullah SAW. berubah sehingga kami mengira bahawa beliau marah terhadap kedua orang itu, lalu kedua orang itu keluar. Bertepatan dengan keluarnya kedua orang itu, ada orang yang membawa hadiah susu untuk Rasulullah SAW., lalu beliau memanggil kedua orang itu dan memberinya minum (dari air susu itu). Akhirnya, mereka mengerti bahawa beliau tidak marah terhadap mereka berdua. (1: 169 - S.M.)
_________________
(1) QS Al-Baqarah (2): 222