Sunday 18 November 2012

Bab: Masjid yang Didirikan Atas Dasar Takwa

( 237 ) Diriwayatkan dari Abu Salamah bin 'Abd Al-Rahman r.a.: 'Abd Al-Rahman bin Abi Sa'id Al-Khudri r.a. pernah bertemu dengan saya. Saya bertanya kepadanya, "Bagaimanakah kamu mendengar ayahmu menyebut-nyebut masjid yang didirikan atas dasar takwa?" Dia menjawab, "Ayahku berkata, 'Aku pernah mendatangi Rasulullah SAW. di rumah salah satu isteri beliau. Saya bertanya, 'Wahai Rasulullah, Masjid yang manakah yang didirikan atas dasar takwa?' Lalu beliau mengambil segenggam kerikil. Beliau memukulkannya ke tanah dan bersabda, 'Masjid kamu inilah yang didirikan atas dasar takwa (Masjid Nabawi)."' Kemudian saya berkata, "Aku bersaksi bahawa aku mendengar ayahmu seperti itu juga menyebutkannya." (4: 126 - S.M.)