Monday 31 December 2012

Bab: Berdoa dalam Shalat

( 307 ) Diriwayatkan dari Abu Bakar r.a. bahawa dia berkata kepada Rasulullah SAW., "Ajarkanlah kepadaku doa yang akan saya baca dalam shalatku (dan di rumahku)." Beliau bersabda, "Katakanlah, 'Allahumma inni zha-lamtu nafsi zhulman kabiran (dan dalam riwayat yang lain, katsiran) wala yaghfirudz dzunuba illa Anta, faghfirli maghfiratan min 'indik, war hamni, inna-Ka Antal Ghafurur Rahim (Wahai Allah, sesungguhnya aku banyak sekali menganiaya diriku sendiri, dan tiada yang dapat mengampuni segala dosa selain Engkau. Oleh kerana itu, ampunilah aku dengan suatu pengampunan dari sisi Engkau, dan kasihanilah aku, sesungguhnya, Engkau adalah Maha Pnegampun lagi Maha Penyayang.)"' (8: 74 - 75 - S.M.)