Sunday 9 December 2012

Bab: Doa Antara Takbiratul Ihram dan Al-Fatihah

( 278 ) Diriwayatkan dari ' Ali bin Abi Thalib r.a.: dari Rasulullah SAW.: Apabila berdiri mengerjakan shalat, Rasulullah SAW. mengucapkan, "Aku menghadapkan wajahku kepada Tuhan yang menciptakan langit dan bumi dengan cenderung kepada agama yang benar, dan aku bukanlah termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Sesungguhnya, shalatku, ibadahku, hidupku, dan matiku adalah untuk Allah, Tuhan sekalian alam, tiada sekutu bagi-Nya, dan dengan itulah aku diperintahkan dan aku dari golongan orang-orang Islam. Wahai Allah, Engkaulah Raja, tiada tuhan selain Engkau, Engkaulah Tuhanku, dan akulah hamba Engkau, aku telah berbuat aniaya terhadap diriki, dan aku mengakui dosaku. Oleh kerana itu, ampunilah segala dosaku. Sesungguhnya, tiada yang dapat mengampuni semua dosa selain Engkau. Tunjukkanlah aku kepada akhlak yang paling baik kerana tiada yang dapat menunjukkan aku kepada yang paling baik, kecuali Engkau, dan palingkanlah dariku keburukannya kerana tidak ada yang dapat memalingkan dariku keburukannya, selain Engkau. Aku penuhi panggilan Engkau dengan penuh bahagia. Segala kebaikan ada di tangan Engkau, sedangkan kejelekan tidak kembali kepada Engkau. Aku bersama Engkau dan kembali kepada Engkau pula. Mahasuci Engkau dan Mahatinggi Engkau. Aku mohon ampunan kepada Engkau dan aku bertobat kepada Engkau." Apabila ruku', beliau mengucapkan, "Wahai Allah, kepada Engkaulah aku ruku'. kepada Engkaulah aku beriman, serta kepada Engkaulah aku berserah diri. Pendengaran dan penglihatanku, otakku, tulangku, dan sarafku tunduk kepada Engkau." Apabila bangkit dari ruku', beliau mengucapkan, "Wahai Allah, Tuhan kami, bagi Engkaulah segala puji sepenuh langit dan bumi dan di antara keduanya, dan sepenuh apa saja setelah yang Engkau kehendaki." Apabila sujud, beliau mengucapkan, "Wahai Allah, kepada Engkau aku bersujud, kepada Engkau aku beriman, dan kepada Engkau aku berserah diri. Wajahku bersujud kepada yang telah menciptakannya dan membentuknya, memberinya pendengaran dan penglihata, Mahasucilah Allah, Pencipta yang paling baik." Kemudian akhir doa yang beliau ucapkan antara tasyahud dan salam adalah, "Wahai Allah, ampunilah dosaku yang telah lalu dan yang akan datang, yang aku sembunyikan dan yang aku lakukan secara terang-terangan, dosa yang aku lakukan secara melampaui batas, dan dosa yang hanya Engkau yang mengetahuinya. Engkaulah yang mendahulukan dan yang mengakhirkan, tiada tuhan selain Engkau." Dalam suatu riwayat, apabila Rasulullah SAW. memulai shalat, beliau bertakbir, lalu mengucapkan, "Aku menghadapkan wajahku ...." (2: 185 - 186 - S.M.)