Saturday 8 December 2012

Bab: Bersedekap dalam Shalat

( 277 ) Diriwayatkan dari Wa'il bin Hujr r.a. bahawa dia melihat Nabi SAW, mengangkat kedua tangannya ketika bertakbir memasuki shalat ( Hammam menirukannya dengan mengangkat tangannya sejajar dengan kedua telinganya.) Setelah itu, beliau melipatkan pakaiannya, lalu beliau meletakkan tangan kanan di atas tangan yang kiri. Ketika hendak ruku', beliau mengeluarkan tangan itu dari kain, kemudian mengangkat keduanya, lalu bertakbir, terus ruku'. Sewaktu mengucapkan, 'Sami'allahu liman hamidah', beliau mengangkat kedua tangannya. Ketika sujud, beliau bersujud di antara kedua telapak tangannya. (2: 13 - S.M.)