Saturday 8 December 2012

Bab: Makmum Harus Mengikut Imam

( 276 ) Diriwayatkan dari Anas bin Malik r.a.: Nabi SAW. pernah terjatuh dari kuda sehingga rusuk beliau yang sebelah kanan menyempil. Ketika kami menjenguk beliau, tiba-tiba datanglah waktu shalat, lalu beliau mengimami kami shalat sambil duduk maka kami pun mengerjakan shalat sambil duduk di belakang beliau. Setelah selasai shalat, beliau bersabda, "Sesungguhnya, dijadikannya imam itu adalah untuk diikuti oleh makmumnya. Oleh kerana itu, apabila imam bertakbir, bertakbir pulalah kamu, apabila imam sujud, sujudlah kamu, apabila imam bangkit, bangkitlah kamu, apabila imam mengucapkan, 'Sami'allahu liman hamidah,' Dan apabila imam mengerjakan shalat sambil duduk, shalatlah kamu semua sambil duduk." (2: 18 - S.M.)