Monday 10 December 2012

Bab: Seputar Bismillah

( 280 ) Diriwayatkan dari Anas r.a.: Rasulullah SAW., pada suatu hari, berada di tengah-tengah kami, lalu beliau terlena. Kemudian beliau terbangun sambil tersenyum. Oleh kerana itu, kami bertanya, "Apakah yang menyebabkan engkau tertawa wahai Rasulullah?" Beliau menjawab, "Baru saja telah diturunkan kepadaku sebuah surah, yaitu Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Sesungguhnya, Kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak. Maka dirikanlah shalat kerana Tuhanmu, dan berkorbanlah. Sesungguhnya, orang-orang yang membenci kamu, dialah yang terputus." Kemudian beliau bertanya, "Tahukah kamu, apakah Kautsar itu?" Kami menjawab, "Hanya Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui." Beliau bersabda, "Kautsar adalah sebuah sungai yang telah dijanjikan Tuhanku untukku. Di dalam sungai itu terdapat bayak kebaikan. Sungai itu merupakan sebuah telaga yang akan didatangi umatku pada hari kiamat nanti, bejananya sebanyak bintang, lalu di antara mereka ada yang ditarik ketika mendekati telaga itu maka aku mengatakan, 'Wahai Tuhanku, dia dari umatku.' Allah berfirman, 'Kamu tidak mengetahui apa yang mereka perbuat sepeninggalmu."' (2: 12 - S.M.)