Sunday 6 January 2013

Bab: Apabila imam Terlambat, Orang Lain Maju Menggantikannya

( 320 ) Diriwayatkan dari Mughirah bin Syu'bah r.a.: bahawa dia mengikuti Perang Tabuk bersama Rasulullah SAW. Waktu itu Rasulullah SAW pergi buang air besar sebelum shalat subuh, sedangkan dia yang membawa airnya. Setelah beliau selesai, dia menuangkan air itu ke tangan beliau, dan beliau mencucinya tiga kali, lalu beliau mencuci muka. Setelah itu, beliau menyingsingkan jubah dari kedua hastanya. Akan tetapi, kerana kedua pergelangan beliau terlalu sempit, dilepaskanlah jubah itu dari kedua tangannya, lalu kedua pergelangannya dicuci sampai kedua siku. Kemudian beliau berwudhu dan mengusap kedua sepatu laras yang dipakainya, lalu beliau pergi shalat. Mughirah berkata, "lalu saya bersama beliau mendapatkan orang-orang sudah memajukan 'Abd Al-Rahman bin 'Aur menjadi imam shalat mereka. Dalam shalat ini Rasulullah SAW. sempat mengejar satu rakaat bersama orang-orang, yaitu rakaat yang terakhir. Setelah 'Abd Al-Rahman bin 'Auf memberi salam, Rasulullah SAW. berdiri menyempurnakan shalatnya, hal itu membuat orang-orang terkejut, lalu mereka ramai-ramai mengucapkan tasbih. Setelah selesai shalat, beliau menghadap kepada jamaah dan bersabda, 'Kalian telah berbuat baik,' atau beliau bersabda, 'Kalian telah berbuat benar.' Beliau memuji mereka kerana mengerjakan shalat tepat pada waktunya." (2: 26 - S.M.)