Saturday 5 January 2013

Bab: Imam Digantikan Orang lain kerana Sakit, lalu Shalat Berjamaah

( 319 ) Diriwayatkan dari 'Ubaidullah bin 'Abdillah r.a.: Saya pernah mendatangi 'A'isyah r.a., saya berkata kepadanya, "Sudikah engkau menceritakan kepada saya tentang sakit Rasulullah SAW.?" Dia menjawab "Ya, setelah Nabi SAW. sakit parah, beliau bertanya, 'Apakah orang-orang sudah shalat?' Kami menjawab, 'Belum, mereka sedang menunggu engkau wahai Rasulullah.' Beliau berkata, 'Ambilkan air untukku di bejana itu!' Kami pun melaksanakannya, lalu beliau mandi. Setelah itu, beliau berusaha untuk bangun, tetapi beliau pingsan. Setelah siuman, beliau bertanya, 'Apakah orang-orang sudah shalat?' Kami menjawab, 'Belum, mereka sedang menunggu engkau wahai Rasulullah.' Beliau bersabda, 'Ambilkan air untukku di bejana itu!' Kami pun melaksanakannya, lalu beliau mandi. Setelah itu, beliau berusaha untuk bangun, tetapi beliau pingsan kembali. Setelah siuman, beliau bertanya, 'Apakah orang-orang sudah shalat?' Kami menjawab, 'Belum, mereka sedang menunggu engkau wahai Rasulullah.' Beliau bersabda, 'Ambilkan air untukku di bejana itu!' Kami pun melaksanakannya, lalu beliau mandi. Setelah itu beliau berusaha untuk bangun, tetapi beliau pingsan kembali. Setelah siuman, beliau bertanya, 'Apakah orang-orang sudah shalat?' Kami menjawab, 'Belum, mereka sedang menunggu engkau wahai Rasulullah."' 'A'isyah berkata, "Waktu itu orang -orang sedang berdiam di masjid menunggu Rasulullah SAW. mengerjakan shalat isyaknya yang terakhir. Lalu Rasulullah SAW. mengutus seseorang kepada Abu Bakar agar dia mengimami orang-orang shalat berjamaah. Utusan itu pergi kepadanya dan memberitahukan bahawa Rasulullah SAW. memerintahkannya untuk mengimami orang-orang shalat berjamaah. Lalu Abu Bakar r.a., seorang yang sangat halus perasaannya (suka menangis kalau membaca Al-Quran), berkata, 'Wahai 'Umar, shalatlah bersama orang-orang sebagai imam!' 'Umar berkata, 'Engkaulah yang lebih berhak menjadi imam.' Lalu Abu Bakar menjadi imam dalam beberapa hari itu. Setelah Rasulullah SAW. merasa sakitnya berkurang, beliau keluar menuju masjid dengan dipapah oleh dua orang laki-laki, salah satunya ialah 'Abbas, untuk mengerjakan shalat zuhur, sedangkan Abu Bakar waktu itu sedang mengimami orang-orang shalat berjamaah. Setelah Abu Bakar melihat beliau, dia mundur dari tempatnya, tetapi Nabi SAW. memberi isyarat agar dia tetap saja ditempatnya. Lalu beliau berkata kepada kedua orang yang memapahnya agar beliau didudukkan di sampaing Abu Bakar. Lalu beliau pun didudukkan di samping Abu Bakar, ketika itu Abu Bakar berdiri mengikuti shalat Nabi SAW., orang-orang mengikuti shalat Abu Bakar, sedangkan Nabi SAW. mengerjakan shalat sambil duduk." 'Ubaidullah berkata, "Saya menemui 'Abdullah bin 'Abbas r.a. dan berkata kepadanya, 'Maukah saya sampaikan kepada engkau mengenai cerita 'A'isyah tentang sakit Nabi SAW.? Dia menjawab, 'Ya, sampaikanlah kepadaku!' lalu saya ceritakan hadis 'A'isyah itu kepadanya, ternyata dia sama sekali tidak menyangkalnya, tetapi dia berkata, 'Apakah 'A'isyah menyebutkan nama orang yang bersama 'Abbas itu? Saya menjawab, 'Tidak.' 'Abdullah bin Abbas berkata, 'Dia adalah 'Ali r.a."' (2: 20 - 21 - S.M.)