Saturday 26 January 2013

Bab: Barang Siapa Sujud kerana Allah, Balasan untuknya Adalah Syurga

( 369 ) Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.: Rasulullah SAW. bersabda, "Apabila anak Adam membaca ayat sajadah, kemudian bersujud, syaitan akan menyingkir sambil menangis dan berkata, 'Celakalah (dan di dalam riwayat Abu Kuraib, 'Celakalah saya), anak Adam diperintahkan untuk bersujud, lalu dia bersujud maka balasan untuknya adalah syurga, sedangkan saya diperintahkan untuk bersujud, tetapi saya enggan maka balasan untuk saya adalah neraka."'