Saturday 26 January 2013

Bab: Keutamaan Orang yang Shalat Sunnah Dua Belas Rakaat Setiap Hari

( 370 ) Diriwayatkan dari Ummu Habibah r.a., isteri Nabi SAW., bahawa dia pernah mendengar Rasulullah SAW. bersabda, "Setiap orang Muslim yang mengerjakan shalat sunnah setiap hari sebanyak dua belas rakaat semata-mata kerana Allah, Allah membangunkan baginya sebuah rumah di syurga." Ummu Habibah r.a., 'Amr bin Aus r.a., dan Nu'man bin Salim r.a. berkata, "Saya tetap mengerjakan shalat itu sesudah mendengar hadis itu." Dalam riwayat yang lain, sehari-semalam. (2: 162 - S.M.)