Saturday 6 April 2013

Bab: Berihram Ketika Kenderaan Berangkat

( 659 ) Diriwayatkan dari 'Ubaid bin Juraij bahawa dia pernah bertanya kepada 'Abdullah bin 'Umar, "Wahai Abu 'Abdirrahman, saya melihat engkau melakukan empat macam perkara yang belum pernah saya lihat sahabat-sahabatmu melakukannya." Ibn 'Umar bertanya, "Perkara-perkara apakah itu wahai Ibn Juraij?" 'Ubaid berkata, "Saya lihat, engkau hanya menyentuh sudut Kaabah dari arah Yaman; saya lihat engkau memakai sandal kulit yang tidak berbulu; saya lihat, engkau mencelup (pakaian dan rambut) degan warna kuning; dan saya lihat, apabila orang-orang berihram di Makkah setelah melihat bulan (Dzulhijjah), engkau tidak berihram hingga hari Tarwiyah tiba." 'Abdullah bin 'Umar berkata, "Tentang sudut-sudut  Kaabah itu, saya hanya mengetahui Rasulullah SAW. menyentuh sudut Yamani (dua buah sudut yang searah dari Yaman). Adapun tentang sandal kulit yang tidak berbulu itu, sesungguhnya, saya melihat Rasulullah SAW memakainya yang tidak berbulu, dan beliau berwudhu. Kerana beliau memakainya, saya pun senang memakainya. Adapun tentang celupan dengan warna kuning itu, sesungguhnya, saya melihat Rasulullah SAW. mencelup dengan warna kuning, sedangkan tentang ihram, sesungguhnya, saya belum pernah mengetahui Rasulullah SAW. berihram hingga kenderaan beliau berangkat." (4- 9 - S.M.)