Friday 26 July 2013

Bab: Keutamaan Mengajar Al-Quran

( 2103 ) Diriwayatkan dari 'Uqbah bin 'Amr r.a.: Rasulullah SAW. pernah keluar, sementara kami sedang bersama kaum Shuffah. Lalu beliau bersabda, "Siapakah di antara kalian yang suka pergi ke Bhuthhan atau 'Aqiq setiap hari, lalu pulang kembali membawa dua ekor unta betina yang gemuk-gemuk, bukan kerana mencuri dan bukan pula kerana memutuskan tali persaudaraan?" Kami menjawab, "Wahai Rasulullah, kami semua menyukai hal itu." Beliau bersabda, "Hendaklah seseorang pergi ke masjid. Kemudian di dalamnya, dia mempelajari atau membaca dua ayat Al-Quran, maka pahalanya lebih baik daripada dua ekor unta. Atau membaca tiga ayat Al-Quran, maka pahalanya lebih baik daripada tiga ekor unta. Atau membaca empat ayat Al-Quran, maka pahalanya lebih baik daripada empat ekor unta. Demikianlah sesuai dengan banyak ayat yang dibacanya. maka sebanyak itu pula pahala yang lebih baik daripada bilangan unta tersebut." (2: 197 - S.M.)