Wednesday 24 July 2013

Bab: Naik Darjat kerana Al-Quran

( 2102 ) Diriwayatkan dari 'Amir bin Watsilah: Nafi bin 'Abdul Harits pernah bertemu dengan 'Umar di Usfan. 'Umar mengangkatnya menjadi gabenur di Makkah. 'Umar bertanya kepadanya, "siapakah yang kamu angkat menjadi penguasa di pendalaman?" Jawab Nafi, "Aku mengangkat Ibn Abza." Tanya 'Umar, "Jadi, kamu mengangkat pemimpin mereka seorang maula (bekas budak)?" Jawab Nafi', "Sekalipun dia seorang maula, tetapi dia ahli membaca (hafizh) Kitabullah 'Azza wa Jalla  dan ahli ilmu faraid (hukum waris)." 'Umar berkata, "Ketahuilah bahawa Nabi SAW. bersabda, 'Sesungguhnya, Allah mengangkat darjat beberapa kaum kerana Kitabullah ini dan menurunkan darjat beberapa kaum yang lain kerana Kitabullah ini."' (2: 201 - S.M.)