Friday 23 August 2013

Bab: 3 - Para Khalifah Berasal dari Quraisy

( 1196 ) Diriwayatkan dari 'Amir bin Sa'd bin Abi Waqqash r.a.: Aku pernah mengirim surat kepada Jabir bin Samurah melalui perantaraan Nafi, budakku, agar Jabir memberitahukan kepadaku suatu hadis yang didengarnya dari Rasulullah SAW. Jabir menjawab suratku. Dia menulis, "Aku mendengar Rasulullah SAW. bersabda pada hari Jumaat petang, hari dihukumnya seorang Aslam dengan hukuman rajam, 'Agama Islam sentiasa akan tegak sampai hari kiamat tiba atau adanya dua belas orang khalifah yang semuanya berasal dari Quraisy.' Aku juga mendengar beliau bersabda, "Sekelompok orang Islam akan menaklukkan istana putih Kisra atau keluarga Kisra (Raja Persia)." Dan aku mendengar pula beliau bersabda, "Sesungguhnya, sebelum hari kiamat tiba akan datang pembohong-pembohong. Oleh kerana itu, waspadalah kalian terhadap mereka." Aku mendengar pula beliau bersabda, "Apabila Allah memberikan kebaikan (harta) kepada kamu, pergunakanlah untuk peribadimu sendiri lebih dahulu dan keluargamu." Dan aku mendengar beliau bersabda, "Akulah lebih dahulu yang akan sampai di telaga menunggumu." (6: 4 - S.M.)