Wednesday 28 August 2013

Bab: Barang Siapa Mati kerana Membela Hartanya, Dia Mati Syahid

( 1086 ) Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.: Seorang laki-laki pernah menghadap Rasulullah SAW. seraya bertanya, "Wahai Rasulullah, bagaimanakah pendapat engkau, jika ada seseorang datang hendak merampas harta saya?" Jawab beliau, "Jangan kamu berikan hartamu!" Kata orang itu, "Bagaimanakah pendapat engkau, jika dia hendak membunuh saya?" Jawab beliau, "Lawanlah dia!" Tanya orang itu lagi, "bagaimanakah pendapat engkau, kalau saya terbunuh olehnya?" Jawab beliau, "Kamu mati syahid." Tanya orang itu lagi, "Bagaimanakah pendapat engkau, jika saya berhasil membunuhnya?" Jawab beliau, "Dia di neraka." (1: 87 - S.M.)