Thursday 22 August 2013

Bab: Jangan Memasuki Tempat Tinggal Orang Jahat, kecuali dalam Keadaan Menangis

( 1834 ) Diriwayatkan dari Ibn Syihab, dia menyebut-nyebut Hijr, tempat tinggal bangsa Tsamud (kaum Nabi Shalih a.s.): Salim bin 'Abdillah berkata bahawa 'Abdullah bin 'Umar r.a. berkata, "Kami pernah bersama Rasulullah SAW. melewati negeri Hijr (di Wadil Qura antara Madinah dan Syam), lalu Rasulullah SAW. bersabda kepada kami, 'Janganlah memasuki tempat tinggal orang-orang yang berbuat aniaya kepada diri mereka sendiri, kecuali kamu menangis kerana takut ditimpa siksa sebagaimana yang telah ditimpakan kepada mereka.' Kemudian beliau memacu kenderaannya sehingga dengan cepat meninggalkan tempat itu." (8: 221 - S.M.)