Wednesday 21 August 2013

Bab: Sekali atau Dua Kali Isapan Air Susu

( 878 ) Diriwayatkan dari Ummul Fadhl r.a.: Seorang Arab Badui pernah menghadap Rasulullah SAW. sewaktu beliau di rumah saya. Lalu orang itu berkata, "Wahai Rasulullah, saya mempunyai seorang isteri, kemudian saya menikah lagi dengan seorang wanita lain sebagai madunya. Akan tetapi, isteri saya yang pertama mengatakan bahawa dia pernah menyusui isteri saya yang baru ini pada masa kecilnya sebanyak satu atau dua kali susuan." Kemudian Nabi Allah SAW. bersabda, "Sekali atau dua kali susuan, tidaklah membuat mahram kepada seseorang." (4: 167 - S.M.)