Wednesday 21 August 2013

Bab: Mahramnya Anak Tiri dan Ipar

( 877 ) Diriwayatkan dari Ummu Habibah binti Abi Sufyan r.a.: Sewaktu Rasulullah SAW. dirumah saya, saya menanyakan kepada beliau, "Sudikah engkau menerima saudara perempuan saya puteri Abi Sufyan?" Beliau menjawab, "Apa yang harus aku lakukan?" Saya berkata, "Engkau nikahi dia!" Beliau bertanya, "Apakah kamu menyukainya?" Saya menjawab, "Saya bukanlah satu-satunya isterimu, sedangkan orang yang paling saya sukai dalam berbagi kebaikan (menjadi madu saya) adalah saudara perempuan saya." Beliau bersabda, "Akan tetapi, dia tidak halal untukku." Saya berkata, "Sesungguhnya, saya diberi tahu bahawa engkau mahu menyunting Durrah binti Abi Salamah." Beliau menyahut, "Binti Ummu Salamah?" Saya menjawab, "Ya." Beliau bersabda, "Walaupun dia bukan anak tiriku yang aku asuh, dia juga tidak halal bagiku kerana dia puteri anak saudara sesusuku (Abu Salamah), aku dan ayahnya disusui oleh Tsuwaibah. Oleh kerana itu, janganlah kalian menawarkan anak perempuan dan saudara perempuanmu kepadaku." (4: 165 - S.M.)