Monday 30 September 2013

Bab: 2 - Wanita yang Ditalak Suaminya Boleh Meninggalkan Rumahnya jika Khawatir akan Keselamatan Dirinya

( 861 ) Diriwayatkan dari Abu Salamah bin Abdurrahman bin Auf bahawa Fathimah binti Qais pernah mengabarkan kepadanya bahawa dia dahulunya adalah isteri Abu Amr bin Hafsh bin Mughirah, lalu suaminya menalaknya sampai tiga kali. Maka, menurut pengakuannya, dia pergi mnghadap Rasulullah SAW. untuk memohon fatwa tentang boleh atau tidaknya dia meninggalkan rumahnya. Kemudian beliau menyuruhnya agar pindah ke rumah Ibn Ummi Maktum yang buta (anak  saudara ayahnya). Akan tetapi, Marwan tidak mau membenarkan berita dari Fathimah binti Qais ini, yaitu tentang diperbolehkannya seorang wanita dalam iddah talak bain, keluar dari rumahnya. Dan Urwah berkata bahawa Aisyah membantah hal itu kepada Fathimah binti Qais (4: 196 - 197 - S.M.)