Thursday 12 September 2013

Bab: Memberikan Kelebihan Harta kepada yang Memerlukan

( 1066 ) Diriwayatkan dari Abu Sa'id Al-Khudri r.a.: Ketika kami sedang dalam perjalanan bersama Rasulullah SAW., tiba-tiba datanglah seorang laki-laki menunggang untanya, lalu dia menoleh ke kanan dan ke kiri. Lalu Rasulullah SAW. bersabda, "Barang siapa mempunyai kelebihan tempat di kenderaannya, hendaklah menyediakannya untuk orang yang tidak mempunyai kenderaan. Barang siapa mempunyai kelebihan bekal, hendaklah memberikannya kepada orang yang tidak mempunyai bekal." Kemudian beliau menyebutkan macam-macam harta yang ada sehingga kami berpendapat bahawa tidak seorang pun dari kami yang patut mempunyai suatu kelebihan. (5: 138 - 139 - S.M.)