Friday 18 October 2013

Bab: 2 - Menalak Isteri Sewaktu Haid

( 849 ) Diriwayatkan dari Ibn Sirin: Selama dua puluh tahun, ada seseorang yang tidak aku tuduh (berdusta) yang bercerita kepadaku bahawa Ibn 'Umar menalak tiga isterinya pada masa haid, lalu dia diperintahkan untuk merujukinya. Oleh kerana itu, aku tidak mengira mereka begitu dan aku juga tidak mengetahui hadis tentang peristiwa ini sehingga aku bertemu dengan Abu Ghallab Yunus bin Jubair Al-Bahili, yaitu seorang yang tekun. Dia bercerita kepadaku bahawa dia pernah bertanya kepada Ibn 'Umar tentang peristiwa itu, lalu Ibn 'Umar berkata bahawa dia pernah menalak isterinya sekali pada masa haid, lalu Rasulullah SAW. menyuruhnya rujuk. Kemudian aku mengatakan. "Apakah talaknya itu jatuh baginya?" Dia menjawab, "Mengapa tidak jatuh? Walaupun Ibn 'Umar sendiri tidak ingin rujuk atau berlaku seperti orang dungu." (4: 181 - S.M.)