Sunday 27 October 2013

Bab: Hanya Orang (Lelaki) yang Memakai Sutera di Dunia, yang Tidak Mengenakan Sutera di Akhirat, dan Diperbolehkannya Menjual Kain Sutera

( 1335 ) Diriwayatkan dari Ibn Umar r.a.: 'Umar bin Khaththab r.a. pernah melihat 'Utharid Al-Tamimi sedang menawarkan sehelai kain sutera di pasar. Dia adalah seorang laki-laki yang dekat dengan raja-raja dan mendapatkan hadiah-hadiah dari mereka. Lalu 'Umar berkata, "Wahai Rasulullah, saya lihat 'Utharid sedang menawarkan kain sutera di pasar. Sudikah engkau membelinya, lalu engkau memakainya pada waktu delegasi-delegasi Arab datang menghadap engkau?" Dan saya kira 'Umar juga berkata, "Dan kain sutera itu engkau pakai pada hari Jumaat?" Kemudian Rasulullah SAW. bersabda, "Hanya orang (lelaki) yang memakai sutera di dunia, yang tidak mengenakan sutera di akhirat." Setelah beberapa waktu berselang,  Rasulullah SAW. diberi orang beberapa kain sutera, lalu beliau kirimkan sehelai kain sutera itu kepada 'Umar, sehalai kepada Usamah bin Zaid, dan sehelai kepada 'Ali bin Abi Thalib. Beliau bersabda (kepada 'Ali), "Robek-robeklah kain itu untuk dijadikan kerudung bagi kaum wanitamu." Umar pun datang menghadap beliau sambil membawa kain suteranya itu, lalu dia berkata, "Wahai Rasulullah, engkau mengirimkan kain ini kepada saya, padahal engkau telah mengatakan kepada saya tentang kain sutera 'Utharid yang ditawarkannya kelmaren (di pasar)!" Lalu beliau menjawab, "Aku kirimkan kepadamu bukan untuk kamu pakai, melainkan agar kamu manfaatkan (menjualnya) untuk memenuhi kebutuhanmu." Adapun Usamah, dengan hati gembira dia memakai kain sutera itu. Lalu Rasulullah SAW. memerhatikannya dengan suatu pandangan yang menunjukkan bahawa Rasulullah SAW. tidak menyukai perbuatan Usamah ini. Lalu Usamah berkata, "Wahai Rasulullah, mengapa engkau memandang saya demikian, padahal engkau sendiri yang mengirimkan kain sutera ini kepada saya?" Beliau bersabda, "Sesungguhnya, aku mengirimkan kepada mu bukan untuk kamu pakai sendiri, tetapi agar kamu merobek-robeknya untuk kamu jadikan kain kerudung bagi kaum wanitamu." (6: 138 - S.M.)