Sunday 20 October 2013

Bab: Mengafani Mayat

( 468 ) Diriwayatkan dari 'Aisyah r.a.: Rasulullah SAW. dikafani dengan tiga lapis kain putih, terbuat dari bahan kapas (buatan Yaman) tanpa baju dan serban. Adapun pakaian hullah,  orang-orang mengira bahawa pakaian itu sengaja dibeli untuk kafan beliau, maka ia ditinggalkan (tidak dipakai untuk kafan beliau), dan beliau dikafani dengan tiga lembar kain putih terbuat dari benang halus buatan Yaman. Lalu kain hullah itu diambil oleh 'Abdullah bin Abu Bakar, dan dia berkata, "Sungguh, akan saya simpan kain ini untuk kain kafan saya sendiri." Kemudian dia berkata, "Sekiranya Allah menyukainya untuk kain kafan Nabi-Nya, pasti Dia akan mengafaninya dengan pakaian itu." Maka, dijualnya kain hullah itu dan wangnya dia sedekahkan. (3: 49 - S.M.)