Monday 4 November 2013

Bab: Abu Bakar r.a. Adalah Orang yang Paling Dicintai oleh Nabi SAW.

( 1623 ) Diriwayatkan dari Abu 'Utsman: 'Amr bin 'Ash pernah memberitahukan kepada ku bahawa Rasulullah SAW. pernah mengirimkannya untuk memimpin pasukan Islam dalam Perang Dzatu Al-Salasil. 'Amr berkata, "Lalu aku pergi menghadap beliau, kemudian aku bertanya, 'Siapakah orang yang paling engkau cintai? Beliau menjawab, "A'isyah.' Aku bertanya lagi, 'Dari kaum laki-laki siapa?' Beliau menjawab, 'Ayah 'A'isyah.' Aku bertanya lagi, 'Kemudian setelah itu siapa?' Beliau menjawab, 'Lalu 'Umar.' Setelah itu, beliau menyebut beberapa orang laki-laki." (7: 109 - S.M.)