Friday 7 February 2014

Bab: Hukum Wajib Zakat

( 501 ) Diriwayatkan dari Ibn Abbas r.a.: Mu'adz berkata, "Rasulullah SAW. pernah mengutus saya. Beliau bersabda, 'Kamu akan mendatangi orang-orang ahli kitab, ajaklah mereka agar mengakui bahawa 'tiada tuhan kecuali Allah dan aku adalah utusan Allah', kalau mereka sudah mematuhinya, beritahukanlah kepada mereka bahawa Allah mewajibkan mereka mengerjakan shalat lima kali sehari semalam. Kalau mereka sudah mematuhinya, beritahukanlah kepada mereka bahawa Allah mewajibkan mereka mengeluarkan zakat, yang dipungut dari ornag-orang kaya di antara mereka, kemudian diberikan kepada orang-orang fakir di antara mereka. Kalau mereka sudah mematuhinya, tinggalkanlah harta-harta pilihan mereka, dan takutlah doa orang yang teraniaya kerana sesungguhnya tidak ada penghalang antara doanya dan Allah." (1: 37 - 38 - S.M.)