Saturday 8 February 2014

Bab: Memajukan dan Menahan Zakat

( 505 ) Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.: Rasulullah SAW. pernah mengutus 'Umar r.a. untuk mengumpulkan zakat. Kemudian ada orang (Umar sendiri) berkata bahawa Ibn Jamil, Khalid bin Walid, dan Abbas (paman Rasulullah SAW.) tidak mahu mengeluarkan zakat. Lalu Rasulullah SAW. bersabda, "Ibn Jamil tidak suka mengeluarkan zakatnya, padahal tadinya dia seorang yang fakir, lalu Allah menjadikannya seorang yang kaya. Adapun Khalid, sungguh kalian telah berbuat aniaya kepadanya kerana sesungguhnya dia telah menyimpan baju-baju perisainya dan semua peralatan perangnya di jalan Allah (semua hartanya telah diwakafkan untuk jalan Allah). Adapun Abbas (bin Abd Al-Muththalib), zakatnya untuk dua tahun ini sudah ada di tangan saya." Selanjutnya, beliau bersabda, "Wahai Umar, apakah kamu tidak mengetahui bahawa paman seseorang itu seperti ayahnya?" (3: 68 - S.M.)