Monday 31 March 2014

Bab: Doa Seorang Hamba Akan Dikabulkan Selama Tidak Terburu-buru

( 1877 ) Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi SAW.: Beliau bersabda, "Doa seorang hamba senantiasa akan dikabulkan oleh Allah, selagi orang itu tidak berdoa mengandung dosa, tidak memutuskan tali kekeluargaan, dan selagi dia tidak terburu-buru dikabulkannya." Beliau ditanya, "Wahai Rasulullah, apakah maksud terburu-buru itu?" Jawab beliau, "Hamba itu berkata, 'Aku telah berdoa dan berdoa, tetapi belum juga dikabulkan-Nya.' Oleh kerana itu dia putus harapannya, lalu dia pun berhenti berdoa." (8: 87 - S.M.)