Wednesday 2 April 2014

Bab: Meminjamkan Tanah

( 976 ) Diriwayatkan dari Thawus bahawa dia biasa melakukan cara pertanian mukhabarah (menyerahkan tanah untuk digarap oleh seorang petani dengan mendapatkan hasil pertaniannya sebanya separuh atau sepertiga atau seperempatnya, sedangkan bibitnya dari pemiik tanah itu sendiri). 'Amr berkata, "Lalu saya mengatakan kepadanya, 'Wahai Aba Abdurrahman! Sebaiknya, tidakkah Anda tinggalkan saja cara mukhabarah ini? Kerana orang-orang mengatakan bahawa Nabi SAW. melarang sistem mukhabarah."' Dia menjawab, "Wahai Amr! Seseorang yang paling alim dari mereka, Ibn Abbas r.a., telah memberitahukan kepada saya bahawa Nabi SAW. tidak melarangnya, hanya saja, beliau bersabda, 'Seseorang di antara kamu yang meminjamkan tanahnya kepada saudaranya adalah lebih baik baginya daripada dia memungut imbalan tertentu darinya."' (5: 25 - S.M.)