Monday 24 March 2014

Bab: 1 - Memberi Nama 'Abdullah kepada Bayi, lalu Mengusapnya dan Mendoakannya

( 1400 ) Diriwayatkan dari Urwah bin Zubair dan Fathimah binti Mundzir bin Zubair: Keduanya berkata, "Ketika Asma binti Abu Bakar pergi berhijrah, dia sedang mengandung Abdullah bin Zubair. Setibanya di Quba, dia melahirkan. Setelah selesai melahirkan, dia menghadap Rasulullah SAW. sambil membawa sang bayi agar beliau mengunyahkan makanan untuk anaknya itu. Lalu Rasulullah SAW. mengambil bayi itu darinya dan ditaruhlah di pangkuan beliau. Setelah itu, beliau meminta sebiji kurma." Urwah berkata bahawa Aisyah berkata, "Kami agak lama mencarinya. Setelah mendapatkan, kurma itu beliau kunyah sampai halus. Maka, yang pertama kali masuk ke dalam perut Abdullah adalah ludah Rasulullah SAW." Kemudian Asma berkata, "Setelah itu beliau mengusapnya dan mendoakannya, lalu beliau memberinya nama Abdullah. Setelah Abullah berumur tujuh tahun atau delapan tahun, dia pergi menghadap beliau untuk berbaiat kepada Rasulullah SAW. atas perintah Zubair (ayahnya). Rasulullah SAW. tersenyum tatkala melihat Abdullah pergi menghadap beliau, kemudian beliau membaiatnya." (6: 175 - S.M.)