Monday 28 April 2014

Bab: Kisah Diterimanya Taubat Pembunuh Seratus Orang

( 1919 ) Diriwayatkan dari Ab Sa'id Al-Khudri r.a.: Rasulullah SAW. bersabda, "Di antara umat sebelummu ada seorang laki-laki yang telah membunuh 99 orang. Lalu orang itu bertanya kepada yang paling alim di permukaan bumi ini. Kemudian ditunjukkanlah dia kepada seorang pendeta. Setelah orang itu sampai di hadapan pendeta, berkatalah kepadanya bahawa dia telah membunuh orang sebanyak 99 jiwa. Apakah baginya masih dibukakan pintu taubat? Jawab pendeta, 'Tidak.' Kerana pendeta tersebut menjawab tidak, pendeta itu dibunuhnya juga sehingga sempurnalah korban menjadi seratus orang. Kemudian orang itu bertanya lagi, di manakah orang yang paling alim di permukaan bumi ini? Ditunjukkanlah orang itu kepada seorang ulama yang memang alim. Orang itu berkata bahawa dia telah membunuh orang sebanyak seratus korban. Apakah baginya masih terbuka pintu taubat? Jawab ulama itu, 'Ya', memangnya siapa yang akan menghalang-halangi pintu bertaubat? Pergilah negeri anu kerana penduduknya adalah ahli ibadah kepada Allah 'Azza wa Jalla.  Lalu beribadahlah kamu di sana bersama mereka, jangan pulang ke negeri mu kerana negeri mu penduduknya telah rusak. Lalu, berangkatlah orang itu. Setelah sampai di tengah perjalanan, orang itu meninggal dunia. Kemudian, terjadilah perselisihan antara malaikat rahmat dan malaikat azab. Kata malaikat rahmat, 'Dia telah bertaubat, dan dengan sepenuh hatinya dia telah menghadap Allah 'Azza wa Jalla.' Malaikat azab berkata, "Sesungguhnya, dia belum pernah melakukan kebaikan sama sekali.' Tiba-tiba, datanglah malaikat yang menyerupai seorang manusia. Lalu malaikat ini ditunjuk sebagai penengah di antara mereka. Kemudian dia berkata, 'Ukurlah jarak antara dua negeri itu, lalu ke negeri manakah yang lebih dekat, bawalah orang itu ke situ!' Lalu diukurlah jaraknya, ternyata orang itu lebih dekat kepada negeri yang ditujunya. Oleh kerana itu, mayatnya dibawa ke negeri yang ditujunya." Qatadah berkata bahawa Hasan Al-Bishri berkata, "Dikatakan kepada kami bahawa setelah malaikat maut datang, orang itu membaringkan dirinya (ke negeri yang dituju)." (8: 103 - 104 - S.M.)