Friday 25 April 2014

Bab: Tiga Orang yang Ditunda Penerimaan Taubatnya

( 1918 ) Diriwayatkan dari Ibn Syihab: Kemudian Rasulullah SAW. mengadakan penyerangan di Tabuk terhadap bangsa Romawi dan orang-orang Nasrani Arab di Syam. Abdurrahman bin Abdullah bin Ka'b bin Malik bercerita kepadaku bahawa Abdullah bin Ka'b - di antara anak Ka'b yang biasa menuntun Ka'b setelah Ka'b buta - mendengar Ka'b menceritakan hadis ketika Ka'b tidak ikut berperang bersama Rasulullah SAW. dalam Perang Tabuk. Ka'b bin Malik berkata, "Aku belum pernah tertinggal satu kali pun dalam suatu peperangan yang dipimpin oleh Rasulullah SAW., kecuali pada Perang Tabuk. Selain itu, aku tidak ikut serta dalam Perang Badar. Akan tetapi, beliau tidak mencela seorang pun yang tertinggal dari perang tersebut kerana beliau keluar bukan untuk berperang. Beliau bersama orang-orang Islam hanya bermaksud mencegat rombongan Quraisy yang kemudian tanpa terduga mereka dipertemukan dengan musuh-musuh mereka. Aku bersama Rasulullah SAW. dalam Aqabah, ketika berjanji setia untuk Islam. Dan aku lebih suka mengikuti malam Aqabah daripada Perang Badar, walaupun Perang Badar itu lebih dikenang di hati orang banyak. Di antara berita tentang aku yang tertinggal dari Rasulullah SAW. dalam Perang Tabuk itu, sebenarnya aku pada waktu peperangan itu dalam kondisi sangat kuat dan situasi sangat senang. Demi Allah, sebelum itu aku dapat mengumpulkan dua ekor unta kendaraan untuk persiapan peperangan, sedangkan pada peperangan lainnya belum pernah kulakukan seperti itu. Oleh kerana itu, Rasulullah SAW. melakukan peperangan itu pada musim sangat panas dan menempuh jarak perjalanan jauh, padang tandus dan kering, serta musuh yang sangat banyak jumlahnya. Oleh kerana itu, dijelaskanlah hal itu kepada orang-orang Islam agar mereka dapat memperlengkapi persiapan perang dengan lengkap, serta diberitahukan pula kepada mereka jalan yang akan mereka tempuh. Orang-orang Islam yang menyertai Rasulullah SAW. pada waktu itu cukup banyak, hanya saja, tidak ada yang mendaftar nama-nama mereka sehingga orang yang hendak absen mengira tidak akan diketahui oleh beliau, selagi wahyu tidak memberitahukannya. Rasulullah SAW. mengadakan penyerangan ini pada musim pepohonan berbuah tua dan berdaun rindang. Sebenarnya, aku ingin turut berperang. Setelah Rasulullah SAW. bersama orang-orang Islam bersiap untuk berangkat, aku segera pulang untuk mempersiapkan diri pula, tetapi setelah sampai di rumah, ternyata aku tidak berbuat apa-apa, dan di dalam hatiku berkata, 'Sesungguhnya, sewaktu-waktu aku mampu menyelesaikan hal itu.' Demikianlah keadaanku sampai berlarut-larut hingga orang-orang benar-benar telah mempersiapkan diri. Pada esok harinya, Rasulullah SAW. bersama orang-orang Islam benar-benar telah berangkat, sedangkan aku belum juga bersiap. Oleh kerana itu, aku segera pulang lagi untuk mempersiapkan diri, namun sesampainya di rumah, aku tidak berbuat apa-apa lagi. Begitulah keadaanku berlarut-larut hingga seluruh pasukan telah berangkat menuju medan tempur. Aku bermaksud akan mengejar mereka, tetapi apa boleh buat suratan takdir tidak memperkenankanku. Setelah keberangkatan Rasulullah SAW., dengan segera aku berkemas untuk mengejar beliau. Lalu keluarlah aku mencari teman, tetapi alangkah sedih hatiku kerana yang kudapatkan hanyalah orang-orang munafik dengan orang-orang lemah yang memang telah dimaafkan oleh Allah. Rasulullah SAW. tidak menyebut-nyebut namaku hingga beliau sampai di Tabuk. Setelah beliau sampai di Tabuk, tatkala duduk di tengah-tengah kaum Muslim, baru beliau bertanya, 'Apa yang dilakukan oleh Ka'b bin Malik?' Seorang laki-laki Bani Salimah berkata, 'Wahai Rasulullah, dia berhalangan kerana membanggakan dirinya.' Mu'adz bin Jabal berkata kepada orang itu, 'Jelek sekali ucapan mu itu!' Lalu Mu'adz berkata, 'Wahai Rasulullah, demi Allah, setahu kami dia adalah orang yang baik-baik saja.' Rasulullah SAW. diam tidak menyahut. Dalam keadaan demikian, terlihatlah oleh beliau seorang laki-laki berpakaian putih-putih dari kejauhan, kemudian orang itu hilang kerana ditelan fatamorgana. Lalu Rasulullah SAW. bersabda, 'Kiranya kamu Abu Khaitsamah.' Ternyata orang itu benar-benar Abu Khaitsamah Al-Anshari, yang pernah bersedekah satu gantang kurma, kemudian dia diejek oleh orang-orang munafik." Selanjutnya, Ka'b bin Malik berkata, "Setelah berita kedangan Rasulullah SAW. sampai kepadaku - Rasulullah SAW. telah bertolak dari Tabuk (sampai di Madinah pada bulan Ramadhan) - timbullah rasa duka di hatiku kerana kesalahanku, dan aku bertanya-tanya, 'Dalih kebohongan apakah yang akan kuhadapkan kepada beliau besok agar beliau tidak murka kepadaku? Lalu aku meminta pendapat kepada saudaraku. Setelah aku mendengar bahawa Rasulullah SAW. telah datang, lenyaplah fikiran jahatku kerana aku tahu bahawa aku tidak akan bisa terhindar sedikit pun dari hukuman beliau, sekalipun aku mengatakan dengan seribu macam alasan kepada beliau. Oleh kerana itu, aku bertekad untuk berbuat jujur dengan berterus terang kepada beliau. Lalu Rasulullah SAW. datang pada pagi hari, dan sebagaimana  biasanya, setelah beliau tiba dari suatu perjalanan, beliau langsung saja memasuki Masjid seraya melakukan shalat sunnah dua rakaat. Setelah itu, beliau duduk dengan orang banyak. Ketika itulah orang-orang yang tidak ikut berperang berdatangan kepada beliau mengemukakan alasan mereka dan diperkuat dengan sumpah. Mereka itu lebih dari delapan puluh orang laki-laki. Rasulullah SAW. menerima alasan mereka, dan mereka di baiat serta didoakan agar diberi ampunan, sedangkan rahsia hati mereka diserahkan kepada Allah jua. Setelah sampai pada bagianku, aku menghadap beliau. Ketika aku  memberi salam, beliau tersenyum dengan muka masam, kemudian bersabda, 'Kemarilah!' Lalu aku berjalan menghadap beliau. Setelah aku duduk di depan beliau, beliau bertanya kepadaku, 'Mengapa kamu tidak ikut berperang? Bukankah kamu telah membeli unta kendaraan?' Kataku, 'Benar, wahai Rasulullah. Demi Allah, andaikan aku bukan berhadapan dengan engkau dari penduduk dunia ini, pasti aku dapat menghindarkan diri dari murka engkau dengan suatu dalih, yang memang aku telah diberi kemampuan untuk berdebat. Akan tetapi, demi Allah, aku tahu benar bahawa jika aku sekarang berdusta kepada engkau sehingga membuat engkau senang kepadaku kerana dalih dustaku itu, Allah pasti murka kepadaku. Dan sebaliknya, jika aku berterus terang dan berkata dengan jujur, tentu engkau akan murka kepadaku. Akan tetapi, aku tetap mengharapkan kebaikan dan ampunan Allah. Demi Allah, aku tidak punya halangan sedikit pun untuk berperang. Demi Allah, aku belum pernah sekuat dan selapang seperti saat-saat sekarang ini.' Rasulullah SAW. bersabda, 'Yang kamu katakan itu betul. Pergilah sehingga Allah memberi keputusan tentangmu!' Kemudian aku pergi, sedangkan orang-orang dari Bani Salimah berlompatan dan menggikutiku, lalu mereka berkata, 'Demi Allah, sepengetahuan kami, Anda belum pernah berbuat suatu kesalahan sebelum ini, mengapa Anda tidak berdalih saja kepada Rasulullah SAW., sebagaimana yang dilakukan orang-orang lain yang tidak ikut berperang? Sungguh, Allah akan mengampuni dosa berkat Rasulullah SAW. buat Anda!' Kataku, 'Demi Allah, mereka selalu mencelaku sehingga aku bermaksud hendak kembali kepada Rasulullah SAW. untuk meralat ucapan jujurku kepada beliau.' Kemudian aku berkata kepada mereka, 'Adakah orang lain yang peristiwanya sama sepertiku ini?' Jawab mereka, 'Ya, ada. Yaitu dua orang laki-laki yang pengakuan mereka sama dengan pengakuanmu, dan mereka juga mendapat ketentuan sepertimu.' Aku bertanya, 'Siapakah kedua orang itu?' Jawab mereka, 'Murarah bin Rabi'ah Al-Amiri dan Hilal bin Umayyah Al-Waqifi.' Mereka menyebutkan dua orang laki-laki yang saleh kepadaku, yaitu kedua sahabat Nabi SAW. yang ikut serta dalam Perang Badar yang pantas menjadi teladan umat. Setelah mereka menyebutkan kedua sahabat teladan itu, aku pun pergi, sedangkan Rasulullah SAW. melarang orang-orang Islam berbicara dengan kami bertiga, yang tidak ikut berperang. Oleh kerana itu, orang-orang menjauhkan diri dari kami, dan sikap mereka berubah sehingga aku mejadi bingung dan merasa asing di negeri sendiri. Hal itu berlangsung sampai lima puluh malam lamanya, sedangkan kedua kawanku yang senasib tetap tinggal di dalam rumahnya masing-masing sambil menangis. Akan tetapi, aku orang yang paling muda dan lebih gagah di antara kami bertiga. Oleh kerana itu, aku tetap keluar rumah (seperti biasanya) dan menghadiri shalat (berjamaah di masjid), dan keluar-masuk pasar, walaupun aku tidak disapa orang. Bahkan, aku pernah pergi menghadap Rasulullah SAW., lalu aku memberi salam sewaktu beliau berada di majlisnya sesudah salat. Aku berkata di dalam hatiku. 'Apakah beliau menggerakkan kedua bibirnya itu menjawab salamku ataukah tidak? Kemudian aku pun melakukan shalat di dekat beliau sambil melirik kepadanya. Selesai shalat, beliau melihatku, tetapi setelah aku menoleh kepada beliau, beliau memalingkan wajahnya. Setelah situasi itu berlarut agak lama, aku pergi ke rumah Abu Qatadah, anak pamanku, orang yang paling kucintai. Aku memberi salam kepadanya, tetapi demi Allah, dia tidak menjawab salamku. Lalu aku berkata kepadanya, 'Wahai Abu Qatadah, aku bersumpah dengan nama Allah, aku bertanya kepadamu, tahukah kamu bahawa aku benar-benar mencintai Allah dan Rasul-Nya?' Abu Qatadah diam saja, tidak mengindahkan pertanyaanku. Aku pun mengulangi pertanyaanku, tetapi Abu Qatadah masih tetap tidak mengindahkan pertanyaanku. Kemudian ku ulangi lagi pertanyaanku, lalu dia berkata, 'Allah dan RAsul-Nya lebih mengetahui.' Mendengar jawaban Abu Qatadah, bercucuranlah air mataku berderai-derai, lalu dengan segera aku pulang. Pada suatu ketika, aku berjalan di pasar Madinah, lalu seorang petani Syam yang biasa menjual makanan di Madinah bertanya, 'Siapa yang dapat menunjukkan Ka'b bin Malik kepadaku?' Lalu, orang-orang menunjuk kepadaku, kemudian petani Syam itu pergi kepadaku seraya menyerahkan secarik surat dari Raja Ghassan Aku memang seorang yang pandai menulis dan membaca. Lalu surat itu kubaca, dan isinya berbunyi, 'Amma ba'du, sesungguhnya, telah sampai berita kepada kami bahawa sahabat mu (Nabi Muhammad SAW.) telah memutuskan hubungan denganmu. Allah tidak pernah menjadikanmu seorang yang hina dan tersia-sia di suatu negeri. Oleh kerana itu, silakan kamu menemui kami, pasti kami dapat membantumu!' Setelah membaca surat tersebut, 'Ini cobaan yang lain bagiku.' Kemudian kubawa surat itu ke dapur, lalu aku membakarnya. Setelah peristiwa ini berlalu selama empat puluh malam dan wahyu turun kepada Rasulullah SAW., datanglah seorang utusan dari Rasulullah SAW. kepadaku seraya berkata, 'Rasulullah SAW. memerintahkan agar kamu menjauhi isterimu.' Aku bertanya, 'Apakah aku harus menceraikannya atau apa yang harus kulakukan terhadapnya?' Jawabnya, 'Tidak, tetapi jauhilah dia dan janganlah kamu mendekatinya!' Beliau juga mengutus kedua kawanku yang senasib itu demikian pula. Kemudian aku berkata kepada isteriku, 'Pulanglah ke rumah orang tua mu, dan tinggallah bersama mereka sampai Allah memberi keputusan tentang perkaraku.' Kemudian isteri Hilal bin Umayyah datang menghadap Rasulullah SAW. seraya berkata, 'Wahai Rasulullah, Hilal bin Umayyah sudah tua renta.  Dia tidak mempunyai seorang pelayan. Apakah engkau keberatan kalau aku melayaninya?' Jawab beliau, 'Tidak apa-apa, asalkan dia jangan sekali-kali sampai mendekatimu.' Kata isteri Hilal, 'Demi Allah, dia tidak punya daya sama sekali, bahkan dia selalu menangis sejak peristiwa itu terjadi sampai sekarang.' Lalu sebagian keluargaku berkata, 'Andaikan kamu juga memohon izin kepada Rasulullah SAW. agar isterimu diperkenankan melayanimu, sebagaimana isteri Hilal bin Umayyah, tentu beliau akan memberinya izin.' Aku berkata, 'Aku tidak akan memohonkan izin untuk isteriku. Aku belum tahu pasti, ya atau tidak, sedangkan aku masih muda (tidak seperti Hilal yang sudah tua renta).' Maka, aku tetap membujang selama sepuluh malam hingga genap menjadi lima puluh malam sejak kami dilarang disapa oleh Rasulullah SAW.' Kemudian pada pagi hari kelima puluh, aku melakukan shalat di atas loteng rumah kami. Ketika aku sedang duduk - seperti yang telah Allah jelaskan dalam ayat-Nya, yaitu sewaktu jiwaku terasa telah sempit, bumi yang luas terasa telah menjadi sempit bagiku - terdengarlah olehku suara keras dari puncak Gunung Sal' memanggilku, 'Wahai Ka'b bin Malik, bergembiralah!' Mendengar seruan itu, aku segera bersujud kerana aku tahu bahawa kesusahanku segera lepas. Terbukti setelah itu, Rasulullah SAW. memberitahukan kepada orang-orang bahawa Allah telah menerima taubat kami, yaitu ketika beliau melakukan shalat subuh. Lalu berdatanganlah orang banyak sambil mengucapkan selamat kepadaku dan kepada kedua temanku yang senasib denganku. Ada orang yang datang kepadaku mengendarai kuda, dan ada yang berjalan kaki dari suku Aslam melewati pergunungan. Suara ucapan selamat kudengar lebih cepat dari kuda-kuda kenderaan mereka. Setelah orang yang mengucapkan selamat itu sampai kepadaku, dengan segera kedua pakaianku kucopoti. Lalu ku berikan kepadanya kerana aku sangat gembira. Padahal, demi Allah, aku hanya memiliki kedua pakaian itu pada saat itu sehingga aku terpaksa harus meminjam pakaian untuk kupakai menghadap Rasulullah SAW. Ketika aku pergi menghadap Rasulullah SAW., orang berbondong-bondong menemuiku mengucapkan selamat atas diterima-Nya taubatku. Setelah memasuki masjid, aku mendapatkan Rasulullah SAW. duduk di masjid dikelilingi orang-orang. Kemudian Thalhah bin Ubaidillah datang menemuiku dengan berlari-lari kecil, dia menjabat tanganku dan mengucapkan selamat kepadaku. Demi Allah, hanya dialah satu-satunya orang Muhajirin yang mendatangiku. Oleh kerana itu, Thalhah tidak pernah terlupakan olehku.' Setelah aku memberi salam kepada Rasulullah SAW.,  beliau menjawab dan berkata dengan wajah yang berseri-seri kerana gembira, 'Bergembiralah dengan datangnya kebaikan bagimu pada hari ini, yang belum pernah kamu dapatkan sejak lahir.' Aku bertanya, 'Berita itu dari engkau ataukah dari Allah, wahai Rasulullah?' Jawab beliau, 'Bukan dariku, tetapi dari Allah.' Sebagaimana biasanya, apabila Rasulullah SAW. bergembira, wajah beliau bersinar-sinar bagaikan bulan, hal itu memang kami sudah tahu benar. Setelah duduk di hadapan beliau, aku berkata, 'Wahai Rasulullah, di antara kesyukuranku atas di terima-Nya taubatku, aku akan menyedekahkan semua harta milikku untuk Allah dan Rasul-Nya SAW. Rasulullah SAW. bersabda, 'Tahanlah sebagian hartamu, itu lebih baik bagimu!' Kataku, 'Aku akan memegang harta yang kedapatkan dari Khaibar.' Kataku lagi, 'Wahai Rasulullah, aku telah diselamatkan-Nya kerana aku berkata benar, dan di antara taubatku, aku berjanji tidak akan berbicara, kecuali dengan kata-kata yang benar. Demi Allah, aku tidak pernah tahu bahawa ada orang Islam yang telah dianugerahi kenikmatan kerana berkata benar sejak kukatakan itu kepada Rasulullah SAW. sampai hari ini, melebihi kenikmatan yang telah Dia anugerahkan kepadaku. Demi Allah, aku tidak akan berdusta walau sekali saja, sejak aku berkata demikian kepada Rasulullah SAW. sampai sekarang. Sungguh, aku berharap, semoga Allah selalu memeliharaku untuk masa mendatang.' Lalu Allah menurunkan ayat, Sesungguhnya Allah telah menerima taubat Nabi, orang-orang Muhajirin dan orang-orang Anshar yang mengikuti Nabi pada waktu kesulitan....sampai pada firman-Nya, Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kepada mereka, dan terhadap tiga orang yang ditangguhkan penerimaan taubatnya, hingga apabila bumi telah terasa sempit bagi mereka, padahal bumi itu luas, dan jiwa mereka pun telah sempit (pula terasa) oleh mereka,... sampai pada firman-Nya, Dan hendaklah kamu bersama orang-orang yang benar.1 Demi Allah, aku belum pernah merasa nikmat Allah sejak aku masuk Islam, sebesar nikmat kejujuranku ini kepada Rasulullah SAW. Andaikan aku berbuat bohong kepada beliau, pasti aku celaka. sebagaimana celakanya orang-orang yang telah berbohong. Allah telah mengecam orang-orang yang berbohong dalam firman-Nya, Kelak mereka akan bersumpah kepadamu dengan nama Allah, apabila kamu telah kembali kepada mereka agar kamu berpaling dari mereka. Maka berpalinglah dari mereka kerana mereka itu adalah najis dan tempat kembali mereka adalah api Neraka Jahanam, sebagai balasan atas apa yang telah mereka kerjakan. Mereka akan bersumpah kepadamu agar kamu ridha kepada mereka. Maka jika kamu ridha kepada mereka, sesungguhnya Allah tidak ridha kepada orang-orang yang fasik itu.2 Kami bertiga adalah orang-orang yang ditangguhkan penerimaan taubatnya ketimbang mereka yang telah diterima lebih dahulu oleh Rasulullah SAW., ketika mereka bersumpah kepada beliau, lalu beliau membaiat mereka dan dimohonkan ampun. Sedangkan Rasulullah SAW. menangguhkan perkara kami ini sampai Allah Azza wa Jalla  memberi keputusan. Kemudian, berkaitan dengan ini, Allah 'Azza wa Jalla berfirman, .... Dan terhadap tiga orang yang ditangguhkan penerimaan taubatnya, hingga apabila bumi telah terasa sempit bagi mereka, padahal bumi itu luas... Jadi, bukan kerana kami tertinggal kerana tidak ikut perang, tetapi Allah menangguhkan penerimaan taubat kami ketimbang orang yang mengajukan sumpah dan alasannya kepada Rasulullah SAW., lalu beliau menerima pengajuan mereka." (8: 106 - 112 - S.M.)

______________________
1 QS Al-Taubah(9): 117 - 119.
2 QS Al-Taubah(9): 95 - 96.