Friday 2 May 2014

Bab: 2 - Mukjizat Nabi SAW. pada Makanan

( 1532 ) Diriwayatkan dari Jabir bin Abdillah r.a.: Ketika menggali parit (Khandaq), aku melihat Rasulullah SAW. dalam keadaan lapar. Kemudian aku pergi menemui isteriku seraya bertanya, "Apakah kamu masih menyimpan suatu makanan? Aku melihat Rasulullah SAW. lapar sekali!" Lalu, dikeluarkanlah kepadaku sebuah wadah kulit berisi satu gantang gandum, dan kami mempunyai seekor anak kambing, lalu aku sembelih anak kambing itu dan isteriku yang menepung gandum. Kemudian kambing itu ku potong-potong dan ku masukkan ke dalam periuk. Setelah itu, aku pergi menghadap Rasulullah SAW., sedang isteriku berpesan kepadaku, "Kamu jangan mempermalukan aku kepada Rasulullah SAW. dan rombongan beliau (yaitu jangan mengajak orang banyak kerana persiapan hanya sedikit)." Setelah aku sampai kepada Rasulullah SAW., aku membisikkan kepada beliau maksud kami sekeluarga ini. Aku berkata, "Wahai Rasulullah, kami telah menyembelih anak kambing kami dan isteri saya telah menepung segantang gandum, maka sudilah kiranya engkau dapat hadir ke rumah bersama beberapa orang lainnya." Pada waktu itu, Rasulullah SAW. berteriak-teriak, "Wahai semua penggali parit (Khandaq), sesungguhnya, Jabir telah membuatkan makanan untuk menjamu kalian, marilah kita pergi bersama memenuhi undangannya segera!" Lalu Rasulullah SAW. bersabda, "Janganlah sekali-kali kamu menjerangkan periukmu lebih dahulu, dan adonannya pun jangan dimasuk sebelum aku datang." Sepulangku ke rumah, Rasulullah SAW. pun datang bersama rombongannya. Setelah aku menemui isteriku, dia marah-marah dan mencaci makiku (kerana membawa rombongan yang begitu banyak, sedangkan persediaan makanan hanya sedikit). Kemudian aku berkata, "Sudah kulakukan pesanmu itu kepadanya." Kemudian ku keluarkan adunan tepung itu, lalu beliau meludahinya dan mendoakan keberkahan. Setelah itu, beliau menuju ke periuk kami, lalu beliau meludahinya juga dan mendoakan keberkahan pula. Setelah itu, beliau bersabda, "panggilah seorang wanita juru masak untuk menyertaimu, dan ciduklah dari periuk mu tanpa diturunkan dari tungkunya." Jumlah rombongan itu sebanyak seribu orang. Demi Allah, mereka kenyang semua, bahkan bersisa sampai mereka biarkan dan pulang, sedangkan periuk kami masih saja penuh mendidih sebagaimana semula, dan adonan kami masih juga tetap dimasuk sebagaimana semula. (6: 117 - 118 - S.M.)