Monday 26 May 2014

Bab: 2 - Pemberian kepada Anak Harus Adil

( 991 ) Diriwayatkan dari Nu'man bin Basyir: Ayah saya pernah pergi membawa saya menghadap Rasulullah SAW. lalu dia berkata, "Wahai Rasulullah, saksikanlah bahawa saya telah memberi Nu'man sebagian harta saya sekian dan sekian banyaknya." Kemudian beliau bertanya, "Apakah kamu telah memberikan kepada semua anakmu seperti yang telah kamu berikan kepada Nu'man?" Ayah saya menjawab, "Tidak." Beliau bersabda, "Persaksikanlah perkara ini kepada selainku!" Kemudian beliau bersabda lagi, "Senangkah kamu kalau mereka sama-sama berbakti kepadamu?" Ayah saya menjawab, "Ya, tentu saja." Beliau bersabda, "Kalau begitu, janganlah kamu lakukan hal itu!" (5: 66 - 67 - S.M.)