Friday 16 May 2014

Bab: 3 - Wasiat Nabi SAW. Adalah Kitabullah

( 986 ) Diriwayatkan dari Aswad bin Yazid: Orang-orang pernah menyebutkan di dekat Aisyah r.a. bahawa 'Ali r.a. adalah washiyy (mendapatkan wasiat dari Nabi SAW. untuk menjadi khalifah beliau). Kemudian Aisyah berkata, "Kapan Rasulullah SAW. berwasiat kepadanya? Sungguh, beliau bersandar ke dadaku ketika sakit, lalu beliau meminta sebuah baskom. Setelah itu, beliau rebah di sebuah baskom. Setelah itu, beliau rebah di pangkuanku, dan tanpa terasa, beliau sudah wafat. Oleh kerana itu, kapankah beliau sempat berwasiat kepadanya?" (5: 75 - S.M.)