Sunday 18 May 2014

Bab: Seseorang Tidak Boleh Memenuhi Nazar yang di Dalamnya Mengandung Kemaksiatan dan Bukan Merupakan Miliknya

( 1008 ) Diriwayatkan dari Imran bin Hushain r.a: Dahulunya suku Tsaqif adalah sekutu suku Uqail. Lalu Tsaqif menahan dua orang laki-laki sahabat Rasulullah SAW., sedangkan sahabat-sahabat rasulullah SAW. menawan seorang laki-laki dari suku Uqail beserta seekor untanya, Adhba 1. Lalu Rasulullah SAW. mendatangi tawanan itu, sedangkan orang itu diikat. Orang itu berkata, "Wahai Muhammad!" Kemudian beliau mendatanginya seraya bertanya, "Apa maumu?" Orang itu berkata, "Mengapa engkau menangkap saya dan unta saya?" Beliau bersabda, "Aku menawanmu kerana pelanggaran sekutumu, Tsaqif." Setelah itu, beliau meninggalkannya, kemudian orang itu memanggil beliau lagi seraya berkata, "Wahai Rasulullah! Wahai Muhammad!" Rasulullah SAW. adalah seorang yang sangat penyayang dan berhati lembut, lalu beliau kembali mendatanginya seraya bertanya, "Apa maumu?" Orang itu berkata, "Saya masuk Islam." Beliau bersabda, "Kalau yang kamu katakan itu sewaktu kamu berkuasa atas perkaramu (sebelum kamu menjadi tawananku ini), kamu benar-benar beruntung." Kemudian beliau pergi meninggalkannya, lalu orang itu memanggil beliau lagi, "Wahai Muhammad! Wahai Muhammad!" Kemudian beliau mendatanginya lagi seraya bertanya, "Apa maumu?" Orang itu berkata, "Sesungguhnya, saya lapar, berilah saya makan! Dan saya juga haus, berilah saya minum!" Beliau menjawab, "Inilah keperluanmu." Lalu orang ini diterbus dengan dua orang laki-oaki (Muslim) yang ditawan suku Tsaqif. Seorang perempuan Anshar juga tertawan besarta seekor unta Adhba. Perempuan  itu dalam ikatan, sedangkan orang-orang membiarkan ternak-ternaknya tetap di depan rumah. Pada suatu malam, perempuan itu dapat melepaskan ikatannya, lalu dia mendatangi unta demi unta. Lalu unta itu didekatinya. Kalau unta itu bersuara, ditinggalkannya unta itu. Begitulah perempuan itu melakukannya sampai akhirnya mendekati unta 'Adhba ternyata unta itu tidak bersuara setelah didekatinya. Adhba ialah seekor unta peliharaan terlatih. Lalu perempuan itu duduk di punggung unta tersebut, kemudian mengherdinya dan terus pergi. Setelah dia pergi dan mereka mengetahuinya, mereka mencari perempuan itu dan mengejarnya, tetapi sia-sia belaka kerana mereka tidak mempu mengejarnya. Perempuan ini bernazar kepada Allah 'Azza wa Jalla,  yaitu jika Allah menyelamatkannya dalam mengendarai unta, unta tersebut akan disembelihnya Setelah dia sampai di Madinah, orang-orang melihatnya. Lalu mereka berkata, "Itulah unta Adhba unta Rasulullah SAW." Kemudian dia berkata bahawa jika Allah menyelamatkannya dalam mengendarai unta itu, unta itu akan disembelihnya. Kemudian orang-orang berdatangan menemui Rasulullah SAW., mereka memberitahukan nazar perempuan tadi. Lalu Rasulullah SAW. bersabda, "Subhanallah (Mahasuci Allah), jelek sekali pembalasan perempuan itu kepada untanya. Dia bernazar kalau Allah menyelamatkannya dalam mengendarai unta tersebut, dia kan menyembelinya! Tidak boleh suatu nazar dilaksanakan dalam perkara maksiat, dan tidak boleh nazar dilaksanakan untuk sesutu yang bukan miliknya." (5: 78 - S.M.)

________________
1 Tsaqif dan Uqail adalah dua suku yang bersekutu untuk sama-sama mempertahankan suku mereka bersama, dengan cara saling membantu jika ada musuh menyerang salah satu dari kedua suku ini. Kedua suku ini sama-sama mempunyai perjanjian dengan Nabi SAW., lalu Tsaqif melanggar perjanjian tersebut dengan menawan dua orang sahabat Nabi SAW.