Monday 19 May 2014

Bab: Ikut Orang yang Diundang Jamuan Makan

( 1308 ) Diriwayatkan dari Abu Masud Al-Anshari r.a.: Ada seorang laki-laki Anshar bersama Abu Syuaib melihat Rasulullah SAW. dan mengetahui dari wajah beliau bahawa beliau sedang lapar. Lalu Abu Syuaib berkata kepada budaknya, "Hai (budak), lekaslah buatkan makanan untuk lima orang, Aku hendak mengundang makan Nabi SAW. dan empat orang lainnya." Budak itu pun memasak makanan, kemudian beliau datang bersama empat orang sahabatnya dan orang lain yang ikut bersamanya. Sesampainya beliau di depan pintu Abu Syuaib, Nabi SAW. bersabda, "Orang ini ikut kami, jika kamu sudi mengizinkannya makan bersama, silakan. Jika tidak, biarkanlah dia pulang." Abu Syuaib menjawab, "Wahai Rasulullah, tidak apalah, bahkan aku mengizinkannya dia ikut makan bersama." (6: 115 - S.M.)