Monday 2 June 2014

Bab: Larangan Memakan Daging Haiwan Kurban Lebih dari Tiga Hari

( 1258 ) Diriwayatkan dari Abu Ubaid, maula Ibn Azhar, bahawa dia pernah merayakan Idul Adha bersama Umar bin Khaththab r.a. Dia berkata, "Kemudian aku juga melakukan shalat Idul Adha bersama Ali bin Abi Thalib r.a., dia mengimami kami shalat Id sebelum khutbah. Kemudian dia berkhutbah di hadapan jamaah, yang antara lain, dia berkata, 'Sesungguhnya, Rasulullah SAW. melarang kamu memakan daging-daging kurban mu lebih dari tiga hari, maka janganlah kamu memakannya lebih dari itu."' (6: 79 - S.M.)