Monday 2 June 2014

Bab: Kurban Nabi SAW. untuk Beliau, Keluarga, dan Umat Beliau

( 1257 ) Diriwayatkan dari Aisyah r.a. bahawa Rasulullah SAW. memerintahkan untuk mengambilkan haiwan yang akan dikurbankan, yaitu seekor biri-biri bertanduk, yang kakinya, perutnya, dan di dekat kedua matanya hitam. Setelah haiwan yang akan dikurbankan itu dihadapkan, beliau bersabda, "Wahai Aisyah, ambilkan pisau!" Kemudian beliau bersabda lagi kepadanya, "Asahlah pisau itu dengan batu!" Lalu Aisyah melakukannya. Setelah itu, beliau mengambil pisau tersebut, kemudian beliau memegang biri-biri itu, lalu membaringkannya, lantas menyembelihnya seraya mengucapkan, "Dengan nama Allah, semoga engkau dapat mengabulkan kurban ini wahai Allah untuk Muhammad, keluarga Muhammad, dan umat Muhammad." Maka, selesailah beliau berkurban dengannya. (6: 78 - S.M.)